Tuesday, September 11, 2012

Mari berkongsi rasa...

Blog ini ditulis bertujuan mengajak para pembaca sekalian berkongsi cerita, pengalaman dari pengamatan apa yang kita lihat ,alami dan rasai sendiri apa yang berlaku di sekeliling kita. Pernah tak kita terfikir, dulu kita melihat seseorang itu sangat bagus dan dialah sumber inspirasi kita, kini setelah bertahun  -tahun orang yang menjadi sumber inspirasi kita itu tidak kelihatan elok dipenghujungnya. Adakah mungkin caturan hidupnya begitu. Kita mengenali mereka seusia muda, berjaya dan berkahwin,, kita lihat dia bahagia dengan perkahwinannya. Berjaya dengan kerjaya dan memperoleh kekayaan hasil titik peluh dan usaha kerasnya, setelah berjaya menempuh, mampu untuk bersenang lenang dan mampu membeli barangan mewah. Orang lain nampak, alangkah bagus andai aku pun boleh menjadi sedemikian dan kita pun mengimpikan ingin menjadi sedemikian. Tetapi tahukah kita samada bahagiakah mereka dengan kehidupan mereka kini iaitu KAYA ??? Mengapa sudah berjaya, kaya tetapi akhirnya menderita. Mungkinkah corak hidup masa kini aturannya begitu. Jika sebagai individu sahaja, maka kita tidak melibatkan orang lain disekeliling kita. Bagaimanakah jika sudah berkahwin dan mempunyai anak? Maka adakah kerana faktor berjaya dan kaya itu kebahagiaan patut dikorbankan? Apakah matlamat sesebuah perkahwinan pada awal pernikahan itu ? Apakah penghujung hidup kita di dunia nanti dan bagaimana balasan hidup di akhirat nanti. Apakah bahagia yang dicari ?. Banyak persoalan yang ingin diungkapkan tapi tidak mampu untuk dijelaskan. Mari kita dengar  dan selami lagu Hakikat Bahagia UNIC dan cuba renung-renungkan...

                                            

Maka jawapannya adalah " Ingatlah Allah jiwa akan menjadi tenang". Teruskan membaca kerana blog ini akan bersama-sama anda mencari di manakah kejayaan, kekayaan dan bahagia yang sebenar-benarnya.





Salam Bahagia...

Alangkah indahnya jika kita bahagia orang lain pun bahagia. Persekitaran hidup yang penuh membahagiakan menjadikan orang yang disekeliling kita turut rasa bahagia dan sentiasa rasa disayangi. Mari kita sama-sama memperoleh kebahagian. Carilah bahagia, bukan derita.